Bismillah.
Bismillah. borak stories
  3
  •  
  0
  •   0 comments
Share

mirzamirza_
mirzamirza_ Community member
Autoplay OFF   •   a year ago
Salam aman, "Few years has passed, but still you got me down to the core"..

Bismillah.

"Few years has passed, but still you got me down to the core"..

Ya, yang paling dalam, yang paling dalam sekali ia menusuk. Laksana geringnya, Tuhan sahajalah yang mampu tahu.

Saking geringnya sampai tanpa sedar telah membuatku berkata.. "Tuhan, matikan aku ini terlalu sakit.." Ya man, ia benar benar sakit.

Usahlah disuruhku bertahan, kerana sesungguhnya aku tidak akan mampu.

Apa yang sudah jadi padanya sedikit sebanyak merampas tarian nafasku. Cis, kononnya berdiri megah tapi rupanya masih lagi layu disambar perihal gadis itu.

Apa sudah jadi mirza? Apa sudah jadi? Mana dia keangkuhanmu bercinta dengan realiti? Mana!?

Sudahlah teman, ini bukan masaku untuk bertarung. Aku menyerah, gelanggang ini engkau sajalah yang menjadi pendekarnya. Hayun kerismu, benamkan sahaja ia dipelusuk jasadku.

Rentap tanjakku, humbanlah ia ketanah merah itu. Lantas bergirang mesralah kau bersama piala piala mu. Aku menyerah kalah, ini bukan pertandinganku. Buatlah apa semahumu.

Panji cinta yang ku kibarkan masa lalu kini masih ku pegang utuh. Walau tiada hendaknya berkibar lagi, akan ku bawa berlayar bersamaku ke laut mati.

Kerana itulah janjiku, janji untuk menyayanginya sampai mati, maka sampai matilah..

Ya, panggilanku kau tukarlah ia menjadi gila dan bodoh.

Angkat kedua tanganku dan aku mengaku, hanya warasku sahaja yang kubawa kepentas, manakala gilaku ini kubiarkan sahaja ia bermain disebalik tirai.

Mereka tidak akan faham, mereka juga tidak mahu faham. Biarlah sahaja aku penjarakan rasa ini, kerana bukan karektorku untuk pamerkan rasa ini kepada yang lain.

Diam dan hadam sendiri, setidaknya ia tidak menjadi beban buat yang lain.

Nah sudahlah, sampaikan salam aman ku kepada dia. Katakan pada dia, supaya jaga dirinya, be good dan ingatlah kepada dia bahawa Tuhan itu Maha AmpunNya, lagi Maha SayangNya pada dia.

Katakan pada dia lagi, bahawa dia tidaklah sehina yang dia fikirkan, bisa jadi akulah yang paling hina diantara dia dan lainnya.

Bisa jadi dia lagi mulia dimata yang Maha Melihat jika dibandingkan denganku.

Eh sudahlah, kalau tiada apa lagi yang menjadi halangan, semoga kita bersua lagi dilangit dan tanah yang lain ya?

Maafkan aku, maafkan aku jika hanya mampu untuk berdoa dan tidak mampu memahami apa yang telah kau lalui..

Salam aman!

Salam aman!

Stories We Think You'll Love 💕

Get The App

App Store
COMMENTS (0)
SHOUTOUTS (0)